Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007

Seksyen 5

Meterai perbadanan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

hendaklah mempunyai suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 662

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan sama ada oleh

Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh mengikut cara yang sama disempurnakan oleh seorang anggota Kumpulan

Wang Persaraan (Diperbadankan) atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang diberi kuasa bagi pihaknya.

(5)

Meterai perbadanan

Kumpulan

Wang

Persaraan

(Diperbadankan)

hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Lembaga