Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007

Seksyen 6

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua perkara mengenai pelaburan

Kumpulan

Wang hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 7(4), diuruskan oleh Panel Pelaburan.

(3)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan kewajipannya sebagaimana yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Kumpulan Wang Persaraan 11

(4)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah Ketua Setiausaha

Kementerian Kewangan;

(b)

seorang wakil daripada Bank Negara Malaysia;

(c)

seorang wakil daripada Kementerian Kewangan;

(d)

Ketua Pegawai Eksekutif yang hendaklah menjadi anggota ex-officio;

(e)

tiga orang wakil Kerajaan Malaysia;

(f)

tiga orang lain daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan; dan

(g)

seorang yang, pada pendapat Menteri, hendaklah secara adil mewakili pencarum kepada Kumpulan Wang itu selain wakil Kerajaan Malaysia.

(5)

Lembaga boleh —

(a)

melantik wakil atau ejen dan penasihat teknikal termasuk aktuari, peguam bela dan peguam cara, jurubank, pengurus dana, broker saham, juruukur, penilai atau mana-mana pakar atau profesional lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik; dan

(b)

membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan perbelanjaan yang dilakukan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 662

(6)

Atas permintaan Panel Pelaburan, Lembaga boleh melantik dan membayar mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (5), di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang dikehendaki oleh

Panel Pelaburan bagi maksud menjalankan kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.

(7)

Menteri boleh mengeluarkan garis panduan am yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan penjalanan fungsi

Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(8)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota

Lembaga.

Panel Pelaburan