Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah Pengerusi Lembaga atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri;
(b)
(Dipotong oleh A1496).
(c)
seorang wakil daripada Kementerian Kewangan;
(d)
Ketua Pegawai Eksekutif yang hendaklah menjadi setiausaha; dan
(e)
empat orang daripada sektor awam atau swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan.
Kumpulan Wang Persaraan 13
(3)
Panel Pelaburan boleh, dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu, mewakilkan kepada Pengerusinya mana-mana kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen 14(1), bagi maksud menjalankan fungsinya semasa kecemasan, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga. Pengerusi hendaklah menjalankan kuasa itu mengikut arahan Panel Pelaburan.
(4)
Panel Pelaburan hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan mengenai dasar am yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(5)
Panel Pelaburan hendaklah melaporkan aktivitinya kepada
Lembaga mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(6)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota
Panel Pelaburan.
Jawatankuasa