Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007

Seksyen 8

(2)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam terma pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(4)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 662

(5)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(6)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(7)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada apa-apa arahan Lembaga di bawah subseksyen (6).

(8)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya —

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(9)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat.

(10)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.

Ketua Pegawai Eksekutif