Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Lembaga boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif jika —
(a)
terdapat kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah subseksyen (1); atau
(b)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan tugas jawatannya.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini yang diberikan atau dikenakan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa atau kewajipan sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak pelantikannya.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal hari ke hari Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), termasuk bagi pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Lembaga dan keputusan pelaburan yang dibuat oleh
Panel Pelaburan mengikut seksyen 14 dan bagi kawalan pentadbiran pekerja, pegawai dan pekhidmat.
(5)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungan menjawab dan bertanggungan menerangkan kepada Lembaga bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan kewajipannya.
(6)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan
Menteri.
Pelantikan pegawai, pekhidmat, wakil, ejen, dsb.