Malaysia legislation
Section 13
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 13
(2)
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
(b)
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, Skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(c)
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
(d)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau yang terletak hak pada Pihak Berkuasa;
(e)
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
(f)
wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan atau nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(g)
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 16;
(h)
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 30;
(i)
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 50;
(j)
wang yang dipungut oleh Pihak Berkuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;
(k)
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(l)
derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia; dan
(m)
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang