Malaysia legislation

Section 36

of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Seksyen 36

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah premis itu untuk, dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai akan memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa getah yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu, atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis itu atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau mengalihkan getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak itu atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk memasuki premis