Malaysia legislation
Section 40
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 40
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa getah yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
(a)
getah itu adalah daripada jenis yang mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
(b)
getah itu reput dengan cepat dan secara semula jadi;
(c)
penjagaan getah itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
(d)
getah itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam; atau
(e)
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan getah itu.
Pelucuthakan getah, dsb., yang disita