Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Mokhzani bin Mohamed, Penolong Pentadbir Tanah Lipis, pada
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas iaitu sebanyak;
(i)
G.M. 209, Lot 56 Mukim Kuala Lipis RM7,000.00
(ii)
G.M. 243, Lot 278 Mukim Kuala Lipis RM9,000.00
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[28hb Feb. 2008 336
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian mestilah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 5 Ogos 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Kuala Lipis. No. Lot—278 dan 56. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
243 dan 209. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 809/1997, Jilid 39, Folio 71.
Bertarikh 11 Januari 2008
MOKHZANI BIN MOHAMED
[PTL.PEN. 15/020/2007]
Pentadbir Tanah Daerah
Lipis akta pengambilan tanah 1960
(Akta 486)