(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan Lelongan Awam, yang akan diadakan pada 8 April 2008 jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan
Pejabat Tanah Daerah Lipis; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn005y2008/no-470
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mokhzani bin Mohamed, Penolong Pentadbir Tanah Lipis, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 470, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan Lelongan Awam, yang akan diadakan pada 8 April 2008 jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan
Pejabat Tanah Daerah Lipis; dan
G.M. 209, Lot 56 Mukim Kuala Lipis RM70,000.00
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada CIMB Bank Berhad pada tarikh ini (30 Oktober 2007) ialah sebanyak RM938,117.14 hutang penggadai.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas iaitu sebanyak;
G.M. 209, Lot 56 Mukim Kuala Lipis RM7,000.00
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[28hb Feb. 2008 336
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian mestilah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 5 Ogos 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Kuala Lipis. No. Lot—278 dan 56. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
243 dan 209. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 809/1997, Jilid 39, Folio 71.
Bertarikh 11 Januari 2008
MOKHZANI BIN MOHAMED
[PTL.PEN. 15/020/2007]
Pentadbir Tanah Daerah
Lipis akta pengambilan tanah 1960
(Akta 486)