/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn010y2004/no-958

Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah dalam menjalankan

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
2

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah dalam menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 958, currently marked in force.

(a)

bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 25hb Mei 2004 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu sebagaimana

GM 606 Lot 7 Mukim Tanjung Kupang – RM750,000.00 (Ringgit

Malaysia Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

HS(M) 502 PTD 683 Mukim Tanjung Kupang – RM180,000.00 (Ringgit

Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Ribu Sahaja).

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu OCBC Bank (Malaysia) Berhad pada tarikh ini ialah RM267,569.57 sehingga 25hb Februari 2004.

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR

874

[6hb Mei 2004 3.

Jualan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas:

GM 606 Lot 7 Mukim Tanjung Kupang – RM75,000.00 (Ringgit

Malaysia Tujuh Puluh Lima Ribu Sahaja).

HS(M) 502 PTD 683 Mukim Tanjung Kupang – RM18,000.00 (Ringgit

Malaysia Lapan Belas Ribu Sahaja).

Suggest a correction

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar dengan sertamerta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

Suggest a correction

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:

i.

maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan ii.

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

Suggest a correction

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 22hb September 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

Suggest a correction

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan dibawah seksyen 267.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tanjung Kupang. No. Lot—Lot 7 dan PTD

683. Jenis dan No. Hakmilik—GM 606 dan HS(M) 502. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada.

No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 150/96, Jilid 50, Folio 79

bertarikh 29hb November 1996 dan Perserahan No. 150/96, Jilid 50, Folio 79

bertarikh 29hb November 1996.

Bertarikh pada 12hb April 2004.

[PTDJB(L) 59/2003.]

UNGKU SUZANA BT UNGKU MOHAMMAD,

Pentadbir Tanah,

Johor Bahru

Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah dalam menjalankan (No. 958)