Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Pindaan seksyen 31z
(a)
dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 31o(4)” dengan perkataan “Bahagian ini”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 31o(4)” dengan perkataan “Bahagian ini”;
(ii)
dengan menggantikan perenggan (f) dan (g) dengan perenggan yang berikut:
“(f) melarang orang yang berkenaan daripada menerima mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggannya atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan;
(g)
melarang orang yang berkenaan daripada mengaudit penyata kewangan atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1489
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau selama-lamanya; dan”;
(c)
dalam perenggan (3)(b), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 31o(4)” dengan perkataan “Bahagian ini”;
dan
(d)
dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “entiti berkepentingan awam” perkataan “atau kumpulan wang jadual”.
Pindaan seksyen 31zd