Jadual 4 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
(6) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
51
Penggantian Jadual 1
63. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 1 dengan
Jadual yang berikut:
“Jadual 1
Bahagian 1
[Seksyen 2]
(a) suatu syarikat awam tersenarai atau suatu perbadanan disenaraikan pada bursa saham;
(b) suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(c) suatu penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013;
(d) seseorang pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(e) suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
(f) suatu institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 atau 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
(g) suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta
Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(h) seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi penjalanan aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang;
(i) suatu syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(j) suatu bursa yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(k) suatu depositori pusat yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(l) suatu pusat penjelasan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(m) suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf di bawah undang-undang sekuriti;
(n) suatu pentadbir skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(o) suatu repositori dagangan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(p) Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal;
(q) mana-mana orang lain yang, boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta A1489
Bahagian 2
(a) suatu skim persaraan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
(b) suatu skim unit amanah yang diluluskan, diberi kuasa atau diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
(c) mana-mana dana pasaran modal lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”.
Kecualian dan peralihan
64. (1) Bagi maksud seksyen ini—
“tarikh kuat kuasa” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa yang berkaitan Akta ini atau peruntukan yang berkenaan Akta ini;
“Bahagian dimansuhkan” ertinya Bahagian IXa Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007 sebelum tarikh kuat kuasa;
“seksyen dimansuhkan” ertinya seksyen 316a, 316b, 316c, 316d,
316e, 316f, 316g dan 316h Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 sebelum tarikh kuat kuasa.
(2) Berkenaan dengan Suruhanjaya—
(a) perubahan nama daripada “Suruhanjaya Sekuriti” kepada
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Suruhanjaya Sekuriti, atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya;
(b) mana-mana prosiding undang-undang yang tidak dapat diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Suruhanjaya
Sekuriti sebelum tarikh kuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan pada atau selepas tarikh kuat kuasa atas nama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
(c) semua peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, tidak kira bagaimana jua disebut, dibuat, diberikan, atau dilakukan oleh Suruhanjaya sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya;
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
53
(d) semua kelulusan, arahan, notis, garis panduan, pekeliling, nota panduan, nota amalan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, tidak kira bagaimana jua disebut, diberikan, dibuat atau dilakukan oleh Suruhanjaya sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan telah diberikan, dibuat atau dilakukan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya;
(e) apa-apa permohonan bagi suatu kelulusan atau persetujuan, atau bagi apa-apa jua maksud lain, atau apa-apa rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Suruhanjaya sebelum tarikh kuat kuasa, dan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah, jika ada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada peruntukan yang bersamaan itu, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh kuat kuasa; dan
(f) segala wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 Akta ibu di bawah pentadbiran dan kawalan Suruhanjaya Sekuriti hendaklah, pada tarikh kuat kuasa, disifatkan berada di bawah pentadbiran dan kawalan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah undang-undang sekuriti sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu.
(4) Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta A1489
(5) Berkenaan dengan Majlis Penasihat Syariah—
(a) Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen dimansuhkan dan anggotanya yang dilantik di bawah seksyen dimansuhkan yang sama hendaklah disifatkan sebagai ditubuhkan dan dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah atau mengikut Akta ibu seperti mana yang dipinda oleh Akta ini; dan
(b) apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat
Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuat secara sah di bawah
Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda.
(6) Jika dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa sebutan yang dibuat mengenai mana-mana peruntukan tertentu
Bahagian dimansuhkan, ia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh
Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Bahagian dimansuhkan atau seksyen dimansuhkan boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Bahagian dimansuhkan atau seksyen dimansuhkan itu sebelum tarikh kuat kuasa atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu.
(8) Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.