Malaysia legislation

Section 5

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Seksyen 5

Pindaan seksyen 2

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “berniaga dalam sekuriti” takrif yang berikut:

‘ “Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara

Malaysia 2009 [Akta 701];’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “Bank Negara Malaysia”

takrif yang berikut:

‘ “berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(c)

dengan menggantikan takrif “dokumen” dengan takrif yang berikut:

‘ “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];’;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “dokumen” takrif yang berikut:

‘ “entiti berkepentingan awam” ertinya entiti yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 1;’;

(e)

dengan memotong takrif “jawatankuasa”;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:

‘ “jawatankuasa Lembaga”ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah seksyen 18;’;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “Kumpulan Wang”

takrif yang berikut:

‘ “kumpulan wang jadual” ertinya kumpulan wang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 1;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “kumpulan wang jadual” takrif yang berikut:

‘ “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;’;

(i)

dalam takrif “Majlis Penasihat Syariah”, dengan menggantikan perkataan “Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007” dengan perkataan “seksyen 31zi”;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “orang berlesen” takrif yang berikut:

‘ “organisasi pengawalseliaan sendiri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “pasaran derivatif”

takrif yang berikut:

‘ “pasaran diiktiraf” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “pasaran diiktiraf”

takrif yang berikut:

‘ “pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1489

(m)

dengan menggantikan takrif “pegawai” dengan takrif yang berikut:

‘ “pegawai”, berhubungan dengan—

(a)

Suruhanjaya, ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja di bawah seksyen 20 dan termasuklah Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 125; dan

(b)

suatu perbadanan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(n)

dengan menggantikan takrif “pelaburan yang ditetapkan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(o)

dengan menggantikan takrif “pengarah” dengan takrif yang berikut:

‘ “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’:

(p)

dalam takrif “Pengerusi”, dengan menggantikan perkataan

“perenggan 4(1)(a)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(a)”;

(q)

dengan menggantikan takrif “perbadanan” dengan takrif yang berikut:

‘ “perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(r)

dengan memasukkan selepas takrif “peserta” takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(s)

dengan memasukkan selepas takrif “produk pasaran modal”

takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal Islam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(t)

dengan menggantikan takrif “pusat penjelasan” dengan takrif yang berikut:

‘ “pusat penjelasan” ertinya pusat penjelasan yang diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(u)

dengan menggantikan takrif “rekod” dengan takrif yang berikut:

‘ “rekod” termasuklah maklumat yang disimpan atau dirakamkan dengan cara menggunakan komputer, elektronik atau perantara digital atau apa-apa cara lain untuk menyimpan atau merakam;’;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “rekod” takrif yang berikut:

‘ “repositori dagangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007’;

(w)

dengan menggantikan takrif “skim pelaburan ditetapkan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “skim pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(x)

dengan memasukkan selepas takrif “skim pelaburan ditetapkan” takrif yang berikut:

‘ “skim persaraan swasta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1489

(y)

dengan menggantikan takrif “skim amanah saham” dengan takrif yang berikut:

‘ “skim unit amanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(z)

dengan menggantikan takrif “syarikat” dengan takrif yang berikut:

‘ “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(aa) dalam takrif “Timbalan Ketua Eksekutif”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 4(1)(aa)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(b)”;

(bb) dengan menggantikan takrif “undang-undang sekuriti”

dengan takrif yang berikut:

‘ “undang-undang sekuriti” ertinya—

(a)

Akta ini;

(b)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(c)

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991 [Akta 453];

(d)

mana-mana perundangan lain yang

Suruhanjaya diberi kuasa untuk mentadbir atau menguatkuasakan; dan

(e)

apa-apa peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah perenggan (a),

(b)

, (c) dan (d);’; dan

(cc)

dengan memasukkan selepas takrif “undang-undang sekuriti” takrif yang berikut:

‘ “urusan atau transaksi pasaran modal Islam”

ertinya—

(a)

urusan menjalankan mana-mana aktiviti terkawal;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(b)

apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa produk pasaran modal, atau di bawah

Bahagian IIIa atau Bahagian VI Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007;

(c)

apa-apa transaksi yang berhubungan dengan derivatif; atau

(d)

penubuhan, pengendalian atau penyenggaraan suatu pasaran sekuriti atau pasaran derivatif, yang selaras dengan prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah;’.

Pindaan sekyen 2a