Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Mahkamah setelah merujuk kepada dokumen itu hendaklah memutuskan keberkaitan dokumen itu dalam perbicaraan itu.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), jika mahkamah memutuskan bahawa dokumen itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
19
kemudiannya memerintahkan
Pendakwa
Raya untuk mengemukakan—
(a)
suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
(b)
suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan.
(4)
Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan apa-apa—
(a)
pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
(b)
ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, jika Menteri memperakui bahawa pengemukaan pernyataan atau ringkasan itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara.