/akn/my/act/act/2012/747

*AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2012
Last amended
2024
Sections
37
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 is Malaysia Act, cited as Act 747 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [31 Julai 2012]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia—

(1)

untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

Suggest a correction

(2)

untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

Suggest a correction

(3)

yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

Suggest a correction

(4)

untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan;

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 149

Perlembagaan Persekutuan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

Suggest a correction

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 3

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“kesalahan keselamatan” ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;

“maklumat sensitif” ertinya apa-apa dokumen, maklumat dan bahan—

(a)

yang berhubungan dengan

Jemaah

Menteri, jawatankuasa Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri; atau

Suggest a correction

(b)

yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa,

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

9

sama ada atau tidak dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,

“Sulit” atau “Terhad” oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

“saksi yang dilindungi” ertinya seorang saksi yang pendedahannya akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN

Suggest a correction

Kuasa penangkapan dan penahanan

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

Suggest a correction

(4)

Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1) itu boleh ditahan untuk tempoh selama dua puluh empat jam bagi maksud penyiasatan.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada dua puluh lapan hari, bagi maksud penyiasatan.

Suggest a correction

(6)

Jika pegawai polis itu berpendapat bahawa tahanan lanjut tidak diperlukan di bawah subseksyen (5), orang itu boleh dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada orang itu mengikut subseksyen (7) dan (8) bagi maksud penyiasatan.

Suggest a correction

(7)

Jika pegawai polis itu bercadang untuk memasang suatu peranti pengawasan elektronik kepada orang itu apabila orang itu dilepaskan, pegawai polis itu hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai penyiasatan itu kepada Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(8)

Apabila laporan di bawah subseksyen (7) diterima, Pendakwa

Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya orang itu dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik mengikut peruntukan dalam

Bahagian III bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan di bawah subseksyen (5).

MISALAN

D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas tahanan selama dua puluh empat jam seorang Penguasa Polis melanjutkan tahanannya selama tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari D telah dilepaskan tetapi dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. Apabila laporan oleh pegawai polis diterima,

Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga tempoh dua puluh satu hari.

Suggest a correction

(9)

Satu minggu sebelum habis tempoh tahanan di bawah subseksyen (5), pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu hendaklah mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(10)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun jua yang berlawanan dengan Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Suggest a correction

(11)

Subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Suggest a correction

(12)

Bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau aktiviti politik” ertinya penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui—

(a)

pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui—

Suggest a correction

(i)

keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu;

atau

(ii)

penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana

Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

Suggest a correction

(c)

pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.

Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan pengamal undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu; dan

Suggest a correction

(b)

tertakluk kepada subseksyen (2), membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Suggest a correction

(2)

Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Penguasa Polis boleh membenarkan penangguhan tidak lebih daripada empat puluh lapan jam untuk rundingan di bawah perenggan (1)(b) jika pegawai polis itu berpendapat bahawa—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(a)

terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penggunaan hak itu akan mengganggu keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan;

Suggest a correction

(b)

ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain;

Suggest a correction

(c)

ia akan menyebabkan amaran diberikan kepada orang lain yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi masih belum ditangkap; atau

Suggest a correction

(d)

ia akan menghalang harta yang diperoleh akibat kesalahan itu daripada didapatkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa untuk memintas komunikasi

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos;

Suggest a correction

(b)

untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau

Suggest a correction

(c)

untuk memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi.

Suggest a correction

(2)

Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

13

berhubungan dengan komunikasi suatu kesalahan keselamatan, boleh—

(a)

menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau

Suggest a correction

(b)

membenarkan pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan keterangan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh—

(a)

memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos;

Suggest a correction

(b)

memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau

Suggest a correction

(c)

memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi, tanpa kebenaran Pendakwa Raya dalam hal mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk berfikir panjang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika seorang pegawai polis telah bertindak di bawah subseksyen (3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera memaklumkan Pendakwa Raya mengenai tindakannya itu dan sesudah itu dia hendaklah disifatkan sebagai telah bertindak di bawah kebenaran Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(5)

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

Suggest a correction

(6)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud seksyen ini—

“komunikasi” ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain;

“pemberi perkhidmatan komunikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERANTI

Suggest a correction

PENGAWASAN ELEKTRONIK

Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan elektronik

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah menjelaskan pengendalian peranti pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan elektronik itu kepada orang itu.

Suggest a correction

(3)

Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan mendepositkan borang itu dengan Mahkamah.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Suggest a correction

(4)

Orang itu hendaklah dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik oleh seorang pegawai polis.

Suggest a correction

(5)

Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam borang itu.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang mengganggu atau merosakkan peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu bolehlah dipertanggungkan untuk membayar apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya.

Suggest a correction

(8)

Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu.

Suggest a correction

(9)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN MAKLUMAT

Suggest a correction

SENSITIF

Maklumat sensitif yang hendak digunakan sebagai keterangan oleh Pendakwa Raya

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendakwa Raya hendaklah menzahirkan kepada mahkamah niat untuk mengemukakan maklumat sensitif sebagai keterangan terhadap tertuduh itu semasa perbicaraan dan mahkamah hendaklah membenarkan permohonan di bawah subseksyen (1) itu.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan dokumen lain yang berhubungan dengan maklumat sensitif itu dan mahkamah hendaklah, sebagai ganti serahan dokumen oleh Pendakwa

Raya kepada tertuduh itu, memerintahkan Pendakwa Raya supaya mengemukakan—

(a)

suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau

Suggest a correction

(b)

suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apabila pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu diserahkan menurut seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, jika tertuduh membantah terhadap penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu sebagai keterangan, peguam tertuduh itu hendaklah dibenarkan untuk—

(b)

mengemukakan hujah membantah penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu dalam perbicaraan; dan

Suggest a correction

(c)

mengemukakan hujah supaya maklumat sensitif itu dizahirkan kepada tertuduh.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Pendakwa Raya hendaklah kemudiannya mengemukakan penghujahan pematahan.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Suggest a correction

(6)

Pendengaran itu hendaklah diadakan secara tertutup.

Suggest a correction

(7)

Selepas pendengaran penghujahan Pendakwa Raya, mahkamah hendaklah memutuskan sama ada—

(a)

pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu boleh diterima sebagai keterangan; atau

Suggest a correction

(b)

maklumat sensitif itu hendaklah dizahirkan kepada tertuduh itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Keputusan mahkamah di bawah seksyen ini tidak boleh dirayu.

Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat sensitif

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila seorang tertuduh mengetahui adanya maklumat sensitif tambahan yang dia semunasabahnya menjangkakan untuk menzahirkan dalam perbicaraannya, tertuduh itu hendaklah memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu.

Suggest a correction

(4)

Tiada seorang tertuduh pun boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diketahui atau dipercayai sebagai sensitif berkaitan dengan perbicaraannya sehingga notis diberikan di bawah seksyen ini dan sehingga mahkamah membuat keputusan menurut tatacara dalam seksyen 10.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

Suggest a correction

(5)

Jika tertuduh itu tidak mematuhi kehendak dalam seksyen ini, mahkamah boleh menghalang penzahiran apa-apa maklumat sensitif yang tidak menjadi subjek notis dan boleh melarang pemeriksaan mana-mana saksi mengenai apa-apa maklumat sedemikan oleh tertuduh itu.

Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertuduh itu hendaklah mengemukakan maklumat sensitif itu kepada mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan memutuskan keberkaitan maklumat sensitif itu dalam perbicaraan.

Suggest a correction

(4)

Jika mahkamah memutuskan bahawa maklumat sensitif itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan secara tertutup.

Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah setelah merujuk kepada dokumen itu hendaklah memutuskan keberkaitan dokumen itu dalam perbicaraan itu.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), jika mahkamah memutuskan bahawa dokumen itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

19

kemudiannya memerintahkan

Pendakwa

Raya untuk mengemukakan—

(a)

suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau

Suggest a correction

(b)

suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan apa-apa—

(a)

pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau

Suggest a correction

(b)

ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, jika Menteri memperakui bahawa pengemukaan pernyataan atau ringkasan itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 13

Jaminan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun;

Suggest a correction

(c)

seorang yang sakit atau seorang yang uzur, yang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, selain suatu kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Akta

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015

[Akta 770], boleh dilepaskan dengan jaminan tertakluk kepada suatu permohonan oleh Pendakwa Raya supaya peranti pengawasan elektronik dipasangkan kepada orang itu mengikut Kanun Tatacara

Jenayah.

TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN SAKSI YANG

Suggest a correction

DILINDUNGI

Keterangan saksi diberikan dengan cara khas

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud memuaskan hatinya tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, mahkamah hendaklah mengadakan suatu siasatan secara tertutup dengan menyoal saksi yang berkenaan itu atau mana-mana saksi lain tanpa kehadiran tertuduh dan peguamnya.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Suggest a correction

(2A)

Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu.

Suggest a correction

(2B)

Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.

Suggest a correction

(3)

Jika selepas siasatan itu mahkamah berpuas hati tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, keterangan saksi itu hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat oleh tertuduh dan peguamnya tetapi boleh dilihat oleh mahkamah; dan selanjutnya jika saksi itu bimbang suaranya akan dicam, keterangannya hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat didengar oleh tertuduh dan peguamnya.

Suggest a correction

(4)

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan untuk dikemukakan kepada saksi itu tentang nama, alamat, umur, pekerjaan, rasnya atau butir-butir lain atau apa-apa soalan lain yang pada pendapat mahkamah akan menyebabkan saksi itu dicam.

Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara tertutup

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Jika semasa mengambil keterangan di bawah seksyen 14 tertuduh atau mana-mana orang lain dikehendaki untuk dicam oleh saksi yang memberikan keterangan dengan cara yang diperuntukkan dalam seksyen itu, pengecaman itu boleh dibuat oleh saksi melalui seorang jurubahasa atau pegawai lain mahkamah.

Seksyen 16

Perlindungan identiti saksi

Open as pageSuggest a correction

(c)

gambar saksi yang dilindungi atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang berkemungkinan menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang menyediakan laporan berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

KETERANGAN

Suggest a correction

Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb.

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Suatu pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis, semasa, atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan tentang suatu kesalahan keselamatan oleh mana-mana orang yang sudah mati atau yang tidak dijumpai, atau yang menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

23

Seksyen 18A

Penyataan tertuduh

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Seksyen 18B

Komunikasi semasa perkahwinan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang sedemikian hendaklah dibenarkan untuk menzahirkan apa-apa komunikasi tersebut walaupun orang yang membuat komunikasi itu tidak memberi kebenaran.

Sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia mentah

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Suatu sabitan yang diperoleh berdasarkan testimoni yang tidak disokong oleh kanak-kanak dalam usia mentah tidaklah menyalahi undang-undang, walaupun tidak diberikan secara bersumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak itu mempunyai kepintaran yang mencukupi dan memahami kewajipan untuk bercakap benar.

Seksyen 20

Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh

Open as pageSuggest a correction

Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan dan kandungan dokumen atau benda itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

Seksyen 21

Keterangan mengenai pengecaman tertuduh atau orang lain

Open as pageSuggest a correction

Keterangan mengenai pengecaman seseorang tertuduh atau orang lain sebelum perbicaraan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan walaupun pengecaman itu dilakukan melalui gambar foto atau kaedah lain atau dijalankan dalam hal keadaan yang dalamnya saksi yang mengecam tertuduh atau orang lain itu tidak dapat dilihat oleh tertuduh atau orang lain itu.

Seksyen 22

Senarai dokumen dan benda

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.

Seksyen 23

Tidak mengemukakan ekshibit

Open as pageSuggest a correction

Tidak mengemukakan ekshibit sebenar yang dilindungi di bawah seksyen 8 dan 11 tidak menjejaskan kes pendakwaan.

Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

25

perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(3)

Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan berkomunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan

Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(4)

Tiada seorang pun atau pegawai polis di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan—

(a)

apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam Bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Kebolehterimaan dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Seksyen 26

Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya oleh sebab saksi itu telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu atau mempunyai pengetahuan tentang pelakuan kesalahan keselamatan itu; dan

Suggest a correction

(b)

tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba untuk bersubahat dalam atau telah menyubahati dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu oleh mana-mana orang jika percubaan untuk bersubahat atau penyubahatan itu adalah bagi maksud semata-mata untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis tidak kira pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PELBAGAI

Suggest a correction

Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pernyataan atau pengakuan salah itu hendaklah direkodkan sepenuhnya secara bertulis oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya pernyataan atau pengakuan salah itu dibuat dan hendaklah kemudiannya dikemukakan kepada mahkamah yang di hadapannya kes itu akan dibicarakan.

Suggest a correction

(3)

Tiada Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa pernyataan atau pengakuan salah melainkan jika, apabila menyoal orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah itu, dia berpuas hati bahawa pernyataan atau pengakuan salah itu telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji pada masa itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila Hakim Mahkamah Sesyen merekodkan apa-apa pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu memorandum di kaki rekod itu seperti yang berikut:

“Saya berpuas hati bahawa pengakuan salah ini telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji. Pengakuan salah itu telah dibuat dalam kehadiran dan pendengaran saya dan telah dibacakan semula kepada orang yang membuatnya dan diakui oleh orang itu sebagai betul dan pengakuan salah itu mengandungi kenyataan yang lengkap dan benar mengenai apa yang dikatakannya.

(Ditandatangani) A.B.

Hakim Mahkamah Sesyen.”.

Suggest a correction

(5)

Sumpah atau ikrar hendaklah diangkat atau dibuat oleh mana-mana orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah di bawah seksyen ini.

Perlindungan pemberi maklumat

Suggest a correction

Seksyen 28

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.

Akses oleh polis kepada tahanan atau banduan

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan yang—

(a)

ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

Suggest a correction

(b)

di bawah pengurungan dalam penjara, sama ada telah disabitkan atau tidak.

Penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

, mahkamah hendaklah memerintahkan tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Suggest a correction

(3)

Apabila Pendakwa Raya memfailkan suatu notis rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi mendapatkan suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh yang direman dalam jagaan polis itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.

Suggest a correction

(4)

Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(3)

, mahkamah hendaklah memenjarakan tertuduh itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.

Suggest a correction

(5)

Jika rayuan oleh Pendakwa Raya ditolak dan perintah pembebasan itu disahkan, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan oleh Pendakwa Raya.

Suggest a correction

(6)

Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(5)

, mahkamah hendaklah mereman tertuduh di dalam penjara sementara menunggu pemfailan notis rayuan itu.

Suggest a correction

(7)

Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan

Akta ini.

Seksyen 32

Pemansuhan dan kecualian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidaklah menjejaskan—

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(a)

apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah

Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

(Seksyen 3)

KESALAHAN KESELAMATAN

Kanun Keseksaan [Akta 574]:

(i)

Kesalahan di bawah Bab VI

(ii)

Kesalahan di bawah Bab VIA

(iii)

Kesalahan di bawah Bab VIB

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]:

Kesalahan di bawah Bab IIIA

Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015

[Akta 770]

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

(Seksyen 7)

BORANG

PERANTI PENGAWASAN ELEKTRONIK

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI................. DALAM NEGERI.................

1. Nama:.......................................................................................................

2. No. Kes: ...................................................................................................................

3. No. Kad Pengenalan: ...............................................................................................

4. Alamat: ....................................................................................................................

......................................................................................................................................

......................................................................................................................................

5. No. Telefon: .............................................................................................................

6. Anggota keluarga untuk dihubungi: ........................................................................

......................................................................................................................................

7. Tempoh peranti pengawasan elektronik (“peranti”) dipasang: ...............................

8. Terma-terma dan syarat-syarat—

(a)

untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada/bagi tiap-tiap

……………………;

(b)

memahami bahawa semua pergerakan akan dijejaki dan disimpan sebagai rekod rasmi;

(c)

bersetuju untuk dikehendaki untuk melaporkan diri bagi pemeriksaan kelengkapan peranti jika perlu;

(d)

untuk memberitahu pegawai polis jika terdapat apa-apa perubahan alamat;

(e)

untuk membenarkan pemeriksaan peranti oleh pegawai polis;

(f)

untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat bagi peranti itu dibuka;

(g)

untuk memulangkan semua kelengkapan peranti kepada pegawai polis;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(h)

untuk mematuhi tatacara yang dikehendaki oleh pegawai polis;

(i)

untuk menyenggara peranti sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis;

(j)

untuk mematuhi apa-apa arahan pegawai polis;

(k)

untuk mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.

9. Ketidakpatuhan terma-terma dan syarat-syarat ini merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 7(6) Akta ini.

Saya dengan ini bersetuju dan akan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang ini.

………………………………………………

(

)

33

Akta 747

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1472

Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan)

2014 31-12-2014

Akta A1487

Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan)

2015 15-06-2015

34

Akta 747

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

6

13

14

18A

18B

20

22

24

Akta A1472

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487

Akta A1487 31-12-2014 15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

15-06-2015

30

Akta A1472

31-12-2014

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A1472

Akta A1487

31-12-2014 15-06-2015

Common questions

What is SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012?
*AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 is Malaysia Act, cited as Act 747 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Is SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 still in force?
Yes — SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 is currently in force.
When did SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 take effect?
SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 was first recorded in 2012.
How many sections does SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 have?
SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 contains 34 sections.
What amends SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012?
SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 has been amended by AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2014, AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015, and AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2024.
Where can I read the official version of SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012?
The official text of SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 (No. 747)