Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Seksyen 14

(2)

Bagi maksud memuaskan hatinya tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, mahkamah hendaklah mengadakan suatu siasatan secara tertutup dengan menyoal saksi yang berkenaan itu atau mana-mana saksi lain tanpa kehadiran tertuduh dan peguamnya.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

(2A)

Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu.

(2B)

Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.

(3)

Jika selepas siasatan itu mahkamah berpuas hati tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, keterangan saksi itu hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat oleh tertuduh dan peguamnya tetapi boleh dilihat oleh mahkamah; dan selanjutnya jika saksi itu bimbang suaranya akan dicam, keterangannya hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat didengar oleh tertuduh dan peguamnya.

(4)

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan untuk dikemukakan kepada saksi itu tentang nama, alamat, umur, pekerjaan, rasnya atau butir-butir lain atau apa-apa soalan lain yang pada pendapat mahkamah akan menyebabkan saksi itu dicam.

Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara tertutup

Section 14 — SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012