Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen
(1)
, mahkamah hendaklah memerintahkan tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
(3)
Apabila Pendakwa Raya memfailkan suatu notis rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi mendapatkan suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh yang direman dalam jagaan polis itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.
(4)
Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen
(3)
, mahkamah hendaklah memenjarakan tertuduh itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.
(5)
Jika rayuan oleh Pendakwa Raya ditolak dan perintah pembebasan itu disahkan, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan oleh Pendakwa Raya.
(6)
Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen
(5)
, mahkamah hendaklah mereman tertuduh di dalam penjara sementara menunggu pemfailan notis rayuan itu.
(7)
Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan