Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Seksyen 5

(a)

dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu; dan

(b)

tertakluk kepada subseksyen (2), membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

(2)

Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Penguasa Polis boleh membenarkan penangguhan tidak lebih daripada empat puluh lapan jam untuk rundingan di bawah perenggan (1)(b) jika pegawai polis itu berpendapat bahawa—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(a)

terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penggunaan hak itu akan mengganggu keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan;

(b)

ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain;

(c)

ia akan menyebabkan amaran diberikan kepada orang lain yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi masih belum ditangkap; atau

(d)

ia akan menghalang harta yang diperoleh akibat kesalahan itu daripada didapatkan.

(3)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa untuk memintas komunikasi