Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Seksyen 6

(a)

untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos;

(b)

untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau

(c)

untuk memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi.

(2)

Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

13

berhubungan dengan komunikasi suatu kesalahan keselamatan, boleh—

(a)

menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau

(b)

membenarkan pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan keterangan itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh—

(a)

memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos;

(b)

memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau

(c)

memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi, tanpa kebenaran Pendakwa Raya dalam hal mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk berfikir panjang.

(4)

Jika seorang pegawai polis telah bertindak di bawah subseksyen (3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera memaklumkan Pendakwa Raya mengenai tindakannya itu dan sesudah itu dia hendaklah disifatkan sebagai telah bertindak di bawah kebenaran Pendakwa Raya.

(5)

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(6)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

(7)

Bagi maksud seksyen ini—

“komunikasi” ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain;

“pemberi perkhidmatan komunikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi.