Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Seksyen 7

(2)

Mahkamah hendaklah menjelaskan pengendalian peranti pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan elektronik itu kepada orang itu.

(3)

Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan mendepositkan borang itu dengan Mahkamah.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

(4)

Orang itu hendaklah dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik oleh seorang pegawai polis.

(5)

Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam borang itu.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(7)

Mana-mana orang yang mengganggu atau merosakkan peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu bolehlah dipertanggungkan untuk membayar apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya.

(8)

Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu.

(9)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan.