Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Seksyen 8

(2)

Pendakwa Raya hendaklah menzahirkan kepada mahkamah niat untuk mengemukakan maklumat sensitif sebagai keterangan terhadap tertuduh itu semasa perbicaraan dan mahkamah hendaklah membenarkan permohonan di bawah subseksyen (1) itu.

(3)

Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan dokumen lain yang berhubungan dengan maklumat sensitif itu dan mahkamah hendaklah, sebagai ganti serahan dokumen oleh Pendakwa

Raya kepada tertuduh itu, memerintahkan Pendakwa Raya supaya mengemukakan—

(a)

suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau

(b)

suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan.

(4)

Apabila pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu diserahkan menurut seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, jika tertuduh membantah terhadap penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu sebagai keterangan, peguam tertuduh itu hendaklah dibenarkan untuk—

(a)

melihat maklumat sensitif itu;

(b)

mengemukakan hujah membantah penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu dalam perbicaraan; dan

(c)

mengemukakan hujah supaya maklumat sensitif itu dizahirkan kepada tertuduh.

(5)

Pendakwa Raya hendaklah kemudiannya mengemukakan penghujahan pematahan.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

(6)

Pendengaran itu hendaklah diadakan secara tertutup.

(7)

Selepas pendengaran penghujahan Pendakwa Raya, mahkamah hendaklah memutuskan sama ada—

(a)

pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu boleh diterima sebagai keterangan; atau

(b)

maklumat sensitif itu hendaklah dizahirkan kepada tertuduh itu.

(8)

Keputusan mahkamah di bawah seksyen ini tidak boleh dirayu.

Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat sensitif