Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu.
(3)
Apabila seorang tertuduh mengetahui adanya maklumat sensitif tambahan yang dia semunasabahnya menjangkakan untuk menzahirkan dalam perbicaraannya, tertuduh itu hendaklah memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu.
(4)
Tiada seorang tertuduh pun boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diketahui atau dipercayai sebagai sensitif berkaitan dengan perbicaraannya sehingga notis diberikan di bawah seksyen ini dan sehingga mahkamah membuat keputusan menurut tatacara dalam seksyen 10.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 747
(5)
Jika tertuduh itu tidak mematuhi kehendak dalam seksyen ini, mahkamah boleh menghalang penzahiran apa-apa maklumat sensitif yang tidak menjadi subjek notis dan boleh melarang pemeriksaan mana-mana saksi mengenai apa-apa maklumat sedemikan oleh tertuduh itu.
Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh