Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 28

(2)

Jika suatu invois menunjukkan pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital sebagai telah berlaku dengan cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan ke atas perkhidmatan itu, maka

* CATATAN— Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai

Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta 805.

52

Undang-Undang Malaysia hendaklah boleh didapatkan balik daripada orang yang mengeluarkan invois itu suatu amaun yang bersamaan dengan—

(a)

amaun yang ditunjukkan dalam invois itu sebagai cukai perkhidmatan; atau

(b)

sekian banyak daripada jumlah amaun yang ditunjukkan sebagai kena dibayar yang akan dianggap sebagai merupakan cukai perkhidmatan, jika cukai perkhidmatan tidak ditunjukkan secara berasingan dalam invois itu, bagi pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu.

(3)

Subseksyen (2) hendaklah terpakai sama ada atau tidak—

(a)

invois itu ialah suatu invois yang dikeluarkan di bawah seksyen 21, 22 atau 56G;

(b)

pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital yang ditunjukkan pada invois itu sebenarnya berlaku atau telah berlaku atau amaun yang ditunjukkan sebagai cukai perkhidmatan atau apa-apa amaun cukai perkhidmatan boleh dikenakan atau telah boleh dikenakan ke atas pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu; atau

(c)

orang yang mengeluarkan invois itu ialah seorang orang berdaftar atau orang berdaftar asing, dan apa-apa amaun yang boleh didapatkan balik daripada orang itu di bawah subseksyen (2) hendaklah boleh didapatkan balik sedemikian dan hendaklah selainnya boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(4)

Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah—

Cukai Perkhidmatan 53

(a)

yang menyatakan bahawa apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan

(b)

yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.

(5)

Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254],

Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa

Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-olah penalti itu ialah cukai perkhidmatan yang terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3

Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.

Kuasa untuk memungut cukai perkhidmatan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang kena cukai atau orang berdaftar asing

Section 28 — SERVICE TAX ACT 2018 | mylaw.my