Malaysia legislation

Section 1

of sijil ketua audit negara mengenai

Seksyen 1

Pinjaman Perumahan 0

5

pengurusan majlis

Majlis Bandaraya Ipoh ditubuhkan pada 27 Mei 1998 di bawah Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia diketuai oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh 24 orang Ahli Majlis yang dilantik. Pengurusan

Majlis dibahagikan kepada 10 Jabatan dan 3 pejabat bahagian di bawah

Pengurusan Datuk Bandar dan Setiausaha Bandaraya yang diketuai oleh pegawai pengurusan dan professional. Majlis bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pembangunan dan kemajuan bandaraya Ipoh yang meliputi kawasan pentadbiran seluas 643 km persegi dan kawasan operasi seluas 388 km persegi.

Objektif Majlis

Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara.

a)

Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meninggikan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis.

b)

Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang.

c)

Menggalak dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.

d)

Mengindahkan bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak Darul

Ridzuan di samping menggalakkan industri dan pentadbiran.

e)

Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.

f)

Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional.

Fungsi Majlis a)

Perancangan dan kawalan pembangunan b)

Kawasan bangunan, iklan dan papan tanda c)

Perkhidmatan pungutan sampah dan kawalan kebersihan bandar raya

1670

[2hb Ogos 2012

d)

Pelesenan dan kawalan perniagaan/penjajaan e)

Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan f)

Pengurusan lalulintas g)

Penyediaan kemudahan awam h)

Memperbaiki dan menaikkan taraf kampung-kampung baru/tradisi/

tersusun dengan penyediaan kemudahan-kemudahan asas.

Kuasa dan bidang kuasa a)

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

b)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

c)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

d)

Undang-undang Kecil Majlis Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh mengamalkan sistem Jawatankuasa bagi membantu Majlis membuat keputusan-keputusan. Jawatankuasa yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut:

i)

Jawatankuasa Tetap ii) Jawatankuasa Eksekutif iii) Jawatankuasa Penasihat iv) Jawatankuasa Pengurusan Majlis i)

Jawatankuasa Tetap

Jawatankuasa ini ditubuhkan mengikut peruntukan-peruntukan tertentu seperti seksyen 16(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta

171) dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Keahliannya juga adalah ditentukan/ditetapkan mengikut peruntukan yang berkenaan itu. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tetap tidak memerlukan pengesahan daripada Majlis.

Jawatankuasa yang tergolong dalam kumpulan ini ialah:

a)

Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP)

b)

Jawatankuasa Pelantikan Anggota c)

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat d)

Lembaga Tatatertib ii) Jawatankuasa Eksekutif

Jawatankuasa yang tergolong dalam kumpulan ini ialah:

a)

Jawatankuasa Tender b)

Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran c)

Jawatankuasa Pusat Kelulusan Setempat (OSC)

Korum bagi menjalankan Mesyuarat Eksekutif adalah satu pertiga daripada bilangan Ahli Jawatankuasa.

2hb Ogos 2012]

1671

Jawatankuasa ini adalah diwakilkan kuasa mengikut seksyen 28 Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk membuat keputusan dan pelaksanaan keputusan tersebut tanpa memerlukan pengesahan oleh

Mesyuarat Majlis Penuh.

iii)

Jawatankuasa Penasihat

Perlantikan beberapa Jawatankuasa Penasihat ini juga dibuat mengikut peruntukan seksyen yang sama seperti perlantikan Jawatankuasa

Eksekutif tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat ini perlu disahkan oleh Majlis Penuh. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah:

a)

Jawatankuasa Penasihat Tujuan-tujuan Am.

b)

Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan dan Lalulintas.

c)

Jawatankuasa Penasihat Pelesenan dan Pengiklanan, Penjaja

Kecil dan Penguatkuasaan.

d)

Jawatankuasa Penasihat Kebersihan, Pengindahan dan

Pelancongan.

e)

Jawatankuasa Penasihat Kewangan.

f)

Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Hartanah dan

Penswastaan.

g)

Jawatankuasa Penasihat Sosial, Pendidikan dan LA 21.

h)

Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan.

Korum bagi menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat adalah satu pertiga daripada bilangan Ahli Jawatankuasa.

v)

Jawatankuasa Pengurusan Majlis

Jawatankuasa yang dimaksudkan adalah Jawatankuasa Pengurusan

Majlis, Jawatankuasa Sebutharga, Jawatankuasa Pembuka Tender dan Jawatankuasa Rundingan Terus.

Kesemua jawatankuasa yang ditubuhkan, dipengerusikan oleh

Datuk Bandar. Ini bertujuan untuk memastikan semua aktiviti-aktiviti Majlis mendapat perhatian yang sama dan saksama serta untuk kelancaran Pentadbiran Majlis pada keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, kedudukan dan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut telah berjalan di Majlis ini sejak beberapa tahun yang lalu, hanya keahliannya ataupun keanggotaannya sahaja yang kadang-kadang berubah dan mengalami pindaan dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan dan perkembangan semasa serta peningkatan keberkesanan kewujudan jawatankuasa itu sendiri.

1672

[2hb Ogos 2012

Section 1 — sijil ketua audit negara mengenai | mylaw.my