Malaysia legislation

Section 15

of SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN

Seksyen 15

TANAH DALAM PROSES PENGAMBILAN

Tiga (3) lot tanah swasta iaitu Lot 1383, 1411 dan 1412 Mukim 11, Seberang

Perai Selatan (Pulau Burung) telah diambil balik untuk tujuan tapak pelupusan sisa pepejal. Kos pengambilan tanah ini dikongsi oleh Majlis Perbandaran Pulau

Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Kos yang terlibat adalah berjumlah RM6.3 juta dan masih direkodkan sebagai pelbagai penghutang dalam Kumpulan Wag Cukai Am.

Geran tanah masih belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Majlis Perbandaran

Pulau Pinang telah diminta untuk menjelaskan premium khas berjumlah RM2.2

juta dan cukai tanah berjumlah RM280 ribu sebelum geran tanah itu dikeluarkan kepada Majlis. Majlis tidak bersetuju dengan permintaan tersebut dan telah membuat rayuan kepada Pejabat Tanah agar permintaan tersebut dikurangkan.

Pejabat Tanah telah meluluskan pengurangan amaun daripada RM2.2 juta kepada RM69,000. Bagaimanapun Majlis tidak bersetuju dan membuat rayuan lanjutan. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menerima surat daripada

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan bertarikh 28 Disember 2007

untuk mengisi Borang Permohonan bagi tanah Kerajaan (permohonan pengecualian premium khas). Majlis Perbandaran Pulau Pinang sedang berurusan dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tujuan tersebut.

383 26hb Mac 2009]

Section 15 — SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN