Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 17

(2)

Jawatankuasa yang dilantik hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.

(4)

Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang, pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.

(5)

Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada

Perbadanan.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat 17a. Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat-syarikat dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh

Perbadanan untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan bagi pihak Perbadanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang ditentukan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 539

Section 17 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995