Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 18

(2)

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—

(a)

geran pelancaran Kumpulan Wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;

(c)

apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;

(d)

apa-apa jumlah wang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;

(e)

semua wang yang didapati oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang disediakan atau pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan;

(f)

semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia;

(g)

semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan; dan

(h)

semua wang lain kepunyaan atau yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

(3)

Dalam seksyen ini dan seksyen 20, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.

Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 21

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Section 18 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995