Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Seksyen 19

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—

(a)

pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(b)

bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diuntukkan kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;

(c)

membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada menjalankan tugasnya atau melaksanakan fungsinya termasuk fi dan kos bagi perkhidmatan profesional yang diberikan kepada

Perbadanan;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya;

(da) pembayaran pemberian atau bantuan kewangan lain di bawah Akta ini;

(db) pemberian pinjaman di bawah seksyen 14a;

(e)

pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat

Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan

(f)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pengimbangan akaun hasil

Section 19 — SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995