(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 30 Julai 2003 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trgn009y2003/no-350
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 350, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 30 Julai 2003 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
Harga rizab bagi maksud jualan ini ialah RM20,000.00 (Dengan perkataan:
Dua puluh ribu sahaja).
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM194,429.
13. Nama pemegang gadaian Affin Bank Berhad
(Perwira Habib Bank Malaysia Berhad)).
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu
Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1 (b), di atas iaitu sebanyak RM2,000.00 dan tidak lewat daripada 15 minit sebelum lelongan.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 28 November 2003
dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara
Seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
250
[24hb April 2003
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Hulu Telemong. No. Lot/Petak/PT.—PTG. 2827. Jenis dan
No. Hakmilik—HS(M). 960. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 333/86; Folio 41; Jilid 26.
Bertarikh 18 Februari 2003.
ADNAN BIN ABDULLAH,
[PTHT. 02/53/2002/0001.]
b.p. Pentadbir Tanah,
Hulu Terengganu