Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah yang ditubuhkan oleh seksyen 3;
*“Mahkamah Rendah” ertinya mana-mana mahkamah bawahan yang terhadap keputusannya menurut mana-mana undang-undang bertulis, ada hak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan adalah termasuk mana-mana Mahkamah Majistret Kelas Ketiga yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Rendah Sabah [Sabah Bab 29] dan Ordinan Mahkamah Rendah Sarawak [Swk. Bab 42]; dan, berhubung dengan Mahkamah Tinggi, ertinya mana-mana Mahkamah yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, ada mempunyai
*CATATAN—Definisi ini telah diubah suai ke Sabah dan Sarawak melalui P.U.(A) 357/1980.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 55
bidang kuasa dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi tersebut;
“prosiding” ertinya apa-apa jua prosiding daripada jenis sivil atau jenayah di hadapan sesuatu Mahkamah Rendah dan termasuklah sesuatu permohonan pada mana-mana peringkat prosiding;
“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;
“undang-undang bertulis”, berhubungan dengan mana-mana bahagian di Malaysia, ertinya undang-undang bertulis sebagaimana yang ditakrifkan dalam undang-undang berhubungan dengan pentafsiran dalam bahagian itu di Malaysia.