Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah 1955.
/akn/my/act/act/1955/55
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH 1955 is Malaysia Act, cited as Act 55 1955, currently marked in force and first recorded in 1955.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah 1955.
Tafsiran
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah yang ditubuhkan oleh seksyen 3;
*“Mahkamah Rendah” ertinya mana-mana mahkamah bawahan yang terhadap keputusannya menurut mana-mana undang-undang bertulis, ada hak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan adalah termasuk mana-mana Mahkamah Majistret Kelas Ketiga yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Rendah Sabah [Sabah Bab 29] dan Ordinan Mahkamah Rendah Sarawak [Swk. Bab 42]; dan, berhubung dengan Mahkamah Tinggi, ertinya mana-mana Mahkamah yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, ada mempunyai
*CATATAN—Definisi ini telah diubah suai ke Sabah dan Sarawak melalui P.U.(A) 357/1980.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 55
bidang kuasa dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi tersebut;
“prosiding” ertinya apa-apa jua prosiding daripada jenis sivil atau jenayah di hadapan sesuatu Mahkamah Rendah dan termasuklah sesuatu permohonan pada mana-mana peringkat prosiding;
“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;
“undang-undang bertulis”, berhubungan dengan mana-mana bahagian di Malaysia, ertinya undang-undang bertulis sebagaimana yang ditakrifkan dalam undang-undang berhubungan dengan pentafsiran dalam bahagian itu di Malaysia.
Penubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah
Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:
empat orang Hakim yang hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim
Negara bagi apa-apa tempoh yang ditentukannya secara bertulis;
tiga orang peguam bela, seorang yang menjalankan amalan di
Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia, seorang yang menjalankan amalan di Sabah dan seorang yang menjalankan amalan di Sarawak, yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang ditentukannya secara bertulis; dan
*(h) Ketua
Setiausaha
Kementerian
Undang-Undang, atau penamanya.
Sekiranya Ketua Hakim Negara tidak hadir, Presiden atau
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang hadir hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu.
Pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa itu, lima anggota membentuk kuorum, dan Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim
Besar hendaklah menjadi seorang daripadanya.
Segala soal hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi. Sekiranya bilangan undi sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.
Jika mana-mana peguam bela yang disebut terdahulu berhenti daripada bertindak sebagai anggota Jawatankuasa oleh sebab dia mati, meletakkan jawatan, tidak ada dalam Negeri-Negeri di Semenanjung
Malaysia, Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau kerana apa-apa sebab lain, seorang peguam bela lain hendaklah dilantik bagi menggantikannya mengikut tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Kewajipan Jawatankuasa
Tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang dibuat di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Jawatankuasa boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud yang berikut:
*CATATAN—Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1991 [P.U.(A) 176/1991] dibatalkan oleh
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1995 [P.U.(A) 203/1995].
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 55
bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara (termasuk cara pliding) dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah
Rendah dalam segala prosiding yang dalamnya atau yang berkenaan dengannya Mahkamah itu mempunyai bidang kuasa pada masa itu (termasuk tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di pejabat pendaftaran atau pejabat Mahkamah yang tersebut itu) dan apa-apa perkara yang bersampingan atau berhubungan dengan tatacara atau amalan termasuk (tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu) cara bagaimana, dan masa yang dalamnya apa-apa permohonan yang di bawah mana-mana undang-undang bertulis dikehendaki supaya dibuat kepada mana-mana Mahkamah itu, hendaklah dibuat;
(aa) bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Rendah dalam segala kausa dan perkara apa jua pun dalam atau yang berkenaan dengan pendengaran apa-apa perkara atau prosiding melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh;
bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dalam prosiding dalam bentuk rayuan daripada Mahkamah Rendah kepada
Mahkamah Tinggi, masa yang dalamnya mana-mana rayuan sedemikian boleh dibawa, dan tatacara berkaitan dengan pemindahan prosiding daripada mana-mana Mahkamah
Rendah kepada Mahkamah Tinggi atau daripada Mahkamah
Tinggi kepada sesuatu Mahkamah Rendah;
bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dalam prosiding dalam bentuk rayuan daripada mana-mana mahkamah atau orang kepada Mahkamah Rendah (termasuk rayuan-rayuan daripada Mahkamah Rendah yang berbidang kuasa bawahan kepada Mahkamah Rendah yang berbidang kuasa atasan), masa yang dalamnya mana-mana rayuan sedemikian boleh dibawa, dan tatacara berkaitan dengan pemindahan prosiding daripada satu mahkamah kepada mahkamah yang lain;
bagi menetapkan fi dan peratusan yang hendaklah diambil dalam prosiding di Mahkamah Rendah dan bagi mengawal
Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 9
selia segala perkara berhubungan dengan kos prosiding di
Mahkamah Rendah;
bagi mengawal selia percantuman pihak dan bagi menetapkan dalam kes apa orang yang tidak hadir, tetapi mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara atau prosiding sivil di
Mahkamah Rendah, terikat dengan apa-apa perintah yang dibuat dalamnya, dan dalam kes apa perintah boleh dibuat supaya orang yang tidak hadir diwakili oleh satu pihak atau lebih kepada prosiding itu;
bagi mengawal selia kadar bunga yang boleh didapatkan atas hutang, termasuk hutang penghakiman, atau atas amaun yang didapati terhutang apabila akaun dikira antara pihak:
Dengan syarat bahawa kadar bunga tidak boleh sekali-kali melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak;
bagi mengawal selia cara bagaimana penghakiman atau perintah Mahkamah Rendah dalam perkara dan prosiding sivil boleh dilaksanakan;
bagi mengawal selia penemuan harta seseorang penghutang penghakiman bagi membantu pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah Mahkamah Rendah;
bagi mengawal selia pengambilan keterangan di hadapan seorang pemeriksa atau atas tauliah atau dengan surat permintaan, dan bagi menetapkan hal keadaan yang dalamnya keterangan yang diambil sedemikian boleh dibaca dalam sesuatu perkara atau prosiding sivil di Mahkamah Rendah;
bagi menetapkan dalam kes apa sesuatu Mahkamah Rendah boleh bertindak atas perakuan akauntan, aktuari atau ahli sains;
* CATATAN—Perenggan ini telah dipotong semasa undang-undang ini disemak pada tahun 1971.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 55
bagi mengawal selia penerimaan, pelupusan dan pembayaran daripada wang dan jaminan oleh, atau dalam jagaan,
Mahkamah Rendah, dan pelaburan wang dan jaminan itu dan kadar bunga yang hendaklah dipertanggungkan ke atasnya, dan, sehingga peruntukan lain dibuat berkenaan dengannya, cara bagaimana wang tidak dituntut boleh diperlakukan;
bagi apa-apa maksud yang baginya Jawatankuasa diarahkan atau diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Pemakaian
Segala kaedah yang dibuat di bawah Akta ini boleh dibuat supaya terpakai bagi seluruh Malaysia atau mana-mana bahagiannya.
Kaedah-kaedah yang terpakai bagi guaman Kerajaan
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalamnya, hendaklah terpakai bagi prosiding oleh atau terhadap Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri.
Kuasa yang terletak hak pada Jawatankuasa
Jika kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang diluluskan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk mengawal selia atau menetapkan apa-apa tatacara atau amalan dalam sesuatu prosiding di Mahkamah Rendah, maka kuasa itu hendaklah disifatkan terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh Jawatankuasa.
Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 11
Kaedah-kaedah hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat
Segala kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat dan jika, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya selepas mana-mana kaedah-kaedah itu dibentangkan di hadapannya, suatu ketetapan diluluskan yang membatalkan kaedah-kaedah itu atau mana-mana bahagiannya, maka seluruh kaedah itu hendaklah terbatal, tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang telah dibuat sebelum itu di bawahnya, mulai dari tarikh pemberitahuan dalam
Warta tentang kelulusan ketetapan itu.
12
Akta 55
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 332/1958
Perintah
Perlembagaan
Persekutuan
(Pengubahsuaian
Undang-Undang)
(Ordinan-Ordinan dan
Perisytiharan-Perisytiharan) 1958
13-11-1958
Akta 7/1964
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-03-1964;
ss. 17(7)
P.U.(A) 300/1971
Perintah Ordinan Jawatankuasa Kaedah
(Perluasan) 1971
01-11-1971
P.U.(A) 357/1980
Perintah Akta Mahkamah Rendah
(Perluasan) 1980
01-06-1981
P.U.(B) 197/1994
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 24-04-1994
Akta A888
Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah (Pindaan) 1994
24-06-1994
Akta A1623
Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah
Rendah (Pindaan) 2020
22-10-2020
13
Akta 55
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1623 22-10-2020
3
Akta A888
Akta A1623 24-06-1994 22-10-2020
4
Akta A1623 22-10-2020