Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH 1955

Seksyen 4

Tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang dibuat di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Jawatankuasa boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud yang berikut:

*CATATAN—Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1991 [P.U.(A) 176/1991] dibatalkan oleh

Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1995 [P.U.(A) 203/1995].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 55

(a)

bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara (termasuk cara pliding) dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah

Rendah dalam segala prosiding yang dalamnya atau yang berkenaan dengannya Mahkamah itu mempunyai bidang kuasa pada masa itu (termasuk tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di pejabat pendaftaran atau pejabat Mahkamah yang tersebut itu) dan apa-apa perkara yang bersampingan atau berhubungan dengan tatacara atau amalan termasuk (tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu) cara bagaimana, dan masa yang dalamnya apa-apa permohonan yang di bawah mana-mana undang-undang bertulis dikehendaki supaya dibuat kepada mana-mana Mahkamah itu, hendaklah dibuat;

(aa) bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Rendah dalam segala kausa dan perkara apa jua pun dalam atau yang berkenaan dengan pendengaran apa-apa perkara atau prosiding melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh;

(b)

bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dalam prosiding dalam bentuk rayuan daripada Mahkamah Rendah kepada

Mahkamah Tinggi, masa yang dalamnya mana-mana rayuan sedemikian boleh dibawa, dan tatacara berkaitan dengan pemindahan prosiding daripada mana-mana Mahkamah

Rendah kepada Mahkamah Tinggi atau daripada Mahkamah

Tinggi kepada sesuatu Mahkamah Rendah;

(c)

bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dalam prosiding dalam bentuk rayuan daripada mana-mana mahkamah atau orang kepada Mahkamah Rendah (termasuk rayuan-rayuan daripada Mahkamah Rendah yang berbidang kuasa bawahan kepada Mahkamah Rendah yang berbidang kuasa atasan), masa yang dalamnya mana-mana rayuan sedemikian boleh dibawa, dan tatacara berkaitan dengan pemindahan prosiding daripada satu mahkamah kepada mahkamah yang lain;

(d)

bagi menetapkan fi dan peratusan yang hendaklah diambil dalam prosiding di Mahkamah Rendah dan bagi mengawal

Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 9

selia segala perkara berhubungan dengan kos prosiding di

Mahkamah Rendah;

(e)

*(Dipotong);

(f)

bagi mengawal selia percantuman pihak dan bagi menetapkan dalam kes apa orang yang tidak hadir, tetapi mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara atau prosiding sivil di

Mahkamah Rendah, terikat dengan apa-apa perintah yang dibuat dalamnya, dan dalam kes apa perintah boleh dibuat supaya orang yang tidak hadir diwakili oleh satu pihak atau lebih kepada prosiding itu;

(g)

bagi mengawal selia kadar bunga yang boleh didapatkan atas hutang, termasuk hutang penghakiman, atau atas amaun yang didapati terhutang apabila akaun dikira antara pihak:

Dengan syarat bahawa kadar bunga tidak boleh sekali-kali melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak;

(h)

bagi mengawal selia cara bagaimana penghakiman atau perintah Mahkamah Rendah dalam perkara dan prosiding sivil boleh dilaksanakan;

(i)

bagi mengawal selia penemuan harta seseorang penghutang penghakiman bagi membantu pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah Mahkamah Rendah;

(j)

bagi mengawal selia pengambilan keterangan di hadapan seorang pemeriksa atau atas tauliah atau dengan surat permintaan, dan bagi menetapkan hal keadaan yang dalamnya keterangan yang diambil sedemikian boleh dibaca dalam sesuatu perkara atau prosiding sivil di Mahkamah Rendah;

(k)

bagi menetapkan dalam kes apa sesuatu Mahkamah Rendah boleh bertindak atas perakuan akauntan, aktuari atau ahli sains;

* CATATAN—Perenggan ini telah dipotong semasa undang-undang ini disemak pada tahun 1971.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 55

(l)

bagi mengawal selia penerimaan, pelupusan dan pembayaran daripada wang dan jaminan oleh, atau dalam jagaan,

Mahkamah Rendah, dan pelaburan wang dan jaminan itu dan kadar bunga yang hendaklah dipertanggungkan ke atasnya, dan, sehingga peruntukan lain dibuat berkenaan dengannya, cara bagaimana wang tidak dituntut boleh diperlakukan;

(m)

bagi menetapkan kuasa dan kewajipan pegawai Mahkamah

Rendah;

(n)

bagi apa-apa maksud yang baginya Jawatankuasa diarahkan atau diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Pemakaian