Malaysia legislation
Section 199
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 199
Penahanan, pemeliharaan, dsb., hal perkara kausa atau perkara
(2)
Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.
(3)
Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijamin.
Injunksi