Malaysia legislation

Section 200

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 200

(2)

Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang mendesak.

(3)

Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—

(a)

tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;

(b)

tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu;

102

Undang-Undang Malaysia

(c)

tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu, termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan kepada defendan atau, jika butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak diberikan;

(d)

tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan mungkin akan ditegaskan olehnya, sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu atau kepada tuntutan bagi injunksi itu;

(e)

tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan injunksi secara ex parte;

(f)

tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan

(g)

tentang relief yang sebenarnya dipohon.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis, Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara itu.

(5)

Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau apa-apa perintah terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injunksi atau pembuatan perintah itu memberikan relief yang tidak mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding terhadap

Kerajaan atau Majlis.

Perintah interim tentang hadhanah

Section 200 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998