Malaysia legislation

Section 209

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 209

Pendaftar di dalam Kamar boleh—

(a)

menjalankan semua kewajipan dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(b)

menjalankan fungsinya di dalam Mahkamah atau di dalam

Kamar mengenai apa-apa prosiding dalam had bidang kuasa tempatannya; dan

(c)

mencatatkan penghakiman yang dibuat melalui pengakuan atau persetujuan pihak-pihak di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar.

(2)

Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen 208.

(3)

Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya,

108

Undang-Undang Malaysia memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolaknya.

(4)

Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya, memerintahkan mana-mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak.

Rayuan kepada Hakim di dalam Kamar terhadap penghakiman, dsb., Pendaftar