Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006 · 25 parts
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Feedback & supportCivil procedure for the Syariah courtsLong title
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berhubungan dengan tatacara mal bagi Mahkamah Syariah.
In force · Updated to 1 Jan 2006
Bahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan terpakai hanya bagi
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat Perintah Wilayah
Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998) 2002 [P.U. (A) 252/2002].
18
Undang-Undang Malaysia
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pemakaian
Akta ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding mal yang dimulakan di mana-mana Mahkamah Syariah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau diperintahkan selainnya oleh
Mahkamah.
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta Pentadbiran” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];
“bailif” termasuklah Pendaftar atau mana-mana kerani atau pegawai
Mahkamah yang dipertanggungkan bagi melaksanakan kewajipan seorang bailif;
“borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta
Pentadbiran;
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
19
“hari kehadiran” ertinya hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan bagi pendengaran prosiding itu;
“lien” ertinya suatu hak atas harta seseorang penghutang penghakiman setakat keterhutangan itu;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pentadbiran;
“notis” ertinya notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun;
“orang tak berkeupayaan” termasuklah seseorang budak, seseorang orang yang tak sempurna akal dan seseorang yang ditegah menguruskan hartanya;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pentadbiran;
“pemiutang penghakiman”
ertinya orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman bagi pembayaran wang sama ada secara ansuran atau selainnya;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong Pendaftar
Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran;
“penghakiman” termasuklah alasan penghakiman;
“penghutang penghakiman” ertinya orang yang bertanggungan di bawah mana-mana penghakiman bagi pembayaran wang;
20
Undang-Undang Malaysia
“terjemahan diperakui” ertinya terjemahan apa-apa dokumen yang diperakui betul oleh pegawai Mahkamah atau oleh mana-mana orang lain yang diterima oleh Mahkamah.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian
I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam
Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan
Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
s 4Tajuk am borang
Tiap-tiap dokumen, termasuk borang, yang difailkan di Mahkamah hendaklah mempunyai tajuk am seperti dalam Borang MS 1.
Bahagian II
Kesan Ketakpatuhan
Bahagian III
Cara Memulakan Prosiding Mal
Bahagian IV
Pihak-Pihak
Bahagian V
Peguam Syarie
Bahagian VI
Penyampaian
Bahagian VII
Bahagian VIII
Pliding
Bahagian IX
Pembayaran ke dalam dan Daripada Mahkamah
Bahagian X
Pindaan
Bahagian XI
Penzahiran
Bahagian XII
Pemindahan Prosiding
Bahagian XIII
Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian
Bahagian XIV
Keterangan
Bahagian XV
Pendengaran
Bahagian XVI
Penghakiman dan Perintah
Bahagian XVII
Rayuan
Bahagian XVIII
Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bahagian XIX
Pembahagian Mengikut Kadar
Bahagian XX
Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim
Bahagian XXI
Kuasa Hakim dan Pendaftar
Bahagian XXII
Wang dan Harta di dalam Mahkamah
Bahagian XXIII
Kos, Elaun dan Fi Mahkamah
Bahagian XXIV
Penghinaan Mahkamah
Bahagian XXV