Malaysia legislation
Section 48
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 48
(2)
Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(3)
Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian ke diri.
38
Undang-Undang Malaysia
(4)
Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah, jika perlu, menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu hadir di
Mahkamah.
(5)
Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan—
(a)
sesuatu sepina; atau
(b)
apa-apa dokumen yang memulakan prosiding bagi penangkapan atau pengkomitan mana-mana orang.
(6)
Apa-apa permohonan bagi mendapatkan perintah di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang menjadi asas permohonan itu.
Bukti penyampaian