Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 56

Jika—

(a)

seseorang bertanggungan berkenaan dengan apa-apa hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan yang bertentangan berkenaan dengannya; atau

(b)

tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan, maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada

Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.

Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan

Section 56 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998