Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 57

(2)

Apabila menerima suatu tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.

(3)

Jika—

(a)

bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan

(b)

tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.

(4)

Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

43

Cara membuat permohonan

Section 57 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998