Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 6

Permohonan untuk mengetepikan kerana tak teratur

Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah dalamnya kerana tak teratur tidaklah boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru selepas menyedari tentang ketakteraturan itu.