Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 14

(2)

Majlis Peguam Syarie boleh membenarkan mana-mana orang berkelayakan untuk menjalani bahagian yang berlainan tempoh pelatihannya dengan pengajar yang berlainan.

(3)

Majlis Peguam Syarie boleh mengecualikan mana-mana orang berkelayakan yang telah berkhidmat sebagai pegawai syariah selama tempoh sekurang-kurangnya satu tahun daripada menjalani apa-apa tempoh pelatihan di bawah seksyen 13.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), pegawai syariah itu hendaklah mengemukakan kepada Majlis Peguam Syarie suatu perakuan daripada Ketua

Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia atau ketua perkhidmatan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyatakan tempoh perkhidmatannya sebagai pegawai syariah.

Permohonan bagi penerimaan masuk

Section 14 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019