Malaysia legislation
Section 26
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 26
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan sebab bagi pengeluaran namanya daripada
Daftar.
(3)
Peguam Syarie itu hendaklah menyampaikan permohonannya untuk mengeluarkan namanya di bawah subseksyen (1) kepada Majlis Peguam
Syarie dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari sebelum permohonan itu didengar.
(4)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah didengar oleh Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah yang bersidang di dalam kamar.
(5)
Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1),
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat perintah—
(a)
mengarahkan Ketua Pendaftar untuk memotong nama Peguam
Syarie itu daripada Daftar;
(b)
menangguhkan pendengaran permohonan itu kepada suatu tarikh yang difikirkan adil dan munasabah oleh Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah itu; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(c)
menolak permohonan itu jika—
(i)
suatu tindakan tatatertib belum selesai terhadap Peguam
Syarie itu di bawah Bahagian IX Akta ini; atau
(ii)
kelakuan Peguam Syarie itu merupakan perkara yang disiasat di bawah Bahagian IX Akta ini; dan
(d)
bagi pembayaran apa-apa kos.
Pemasukan semula nama Peguam Syarie dalam Daftar