Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 27

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu afidavit.

(3)

Pemohon hendaklah menyampaikan salinan permohonan di bawah subseksyen (1) itu kepada Majlis Peguam Syarie dalam masa empat belas hari sebelum pendengaran permohonan itu.

(4)

Majlis Peguam Syarie hendaklah, apabila menerima salinan permohonan itu, menyediakan suatu laporan yang termasuklah salinan rekod apa-apa prosiding yang kesan daripadanya nama pemohon itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar.

(5)

Majlis Peguam Syarie hendaklah diwakili semasa pendengaran permohonan bagi pemasukan semula itu dan hendaklah mengemukakan laporan yang disediakan di bawah subseksyen (4) kepada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pendengaran permohonan itu.

(6)

Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkannya adil dan munasabah, memerintahkan Ketua Pendaftar untuk memasukkan semula nama pemohon dalam Daftar.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi

Syariah boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Profesion Guaman Syarie 27

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Section 27 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019