Malaysia legislation
Section 29
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 29
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
suatu akuan bertulis yang menyatakan—
(i)
nama penuhnya;
(ii)
nama firma yang di bawahnya Peguam Syarie itu menjalankan amalan;
(iii)
alamat utama atau apa-apa alamat lain di mana dia menjalankan amalan; dan
(iv)
bahawa dia tidak kehilangan kelayakan daripada memohon bagi suatu
Perakuan
Amalan
Tahunan di bawah seksyen 30;
(b)
Pengesahan Sokongan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam
Syarie; dan
(c)
fi yang ditetapkan.
(3)
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa semua dokumen yang perlu yang disebut dalam subseksyen (2) adalah teratur, mengeluarkan kepada Peguam Syarie itu suatu Perakuan Amalan Tahunan.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (5), tiap-tiap Perakuan Amalan Tahunan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pendaftar dan hendaklah sah dari tarikh pengeluaran hingga akhir tahun itu kecuali jika—
(a)
nama Peguam Syarie itu dikeluarkan atau dipotong daripada
Daftar, Perakuan Amalan Tahunan Peguam Syarie itu hendaklah
Profesion Guaman Syarie 29
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
habis tempoh serta-merta dan tarikh habis tempoh itu hendaklah dicatatkan oleh Ketua Pendaftar dalam Daftar; atau
(b)
Peguam Syarie yang dihukum bankrap atau suatu perintah kebankrapan dibuat terhadapnya, Perakuan Amalan Tahunan
Peguam Syarie itu hendaklah digantung serta-merta sehingga kebenaran Majlis Peguam Syarie untuk menghidupkan semula
Perakuan Amalan Tahunan Peguam Syarie itu diperoleh.
(5)
Jika Peguam Syarie telah mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1)
dengan sewajarnya dalam bulan Januari mana-mana tahun, Perakuan Amalan
Tahunan yang dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan tahun itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun tertentu itu.
(6)
Dalam seksyen ini, perkataan “tahun” ertinya tempoh dari 1 Januari dalam mana-mana tahun kalendar hingga 31 Disember dalam tahun kalendar yang sama.
Kehilangan kelayakan daripada mendapatkan Perakuan Amalan
Tahunan