Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 28

(2)

Majlis Peguam Syarie hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan

Pengesahan Sokongan itu kepada Peguam Syarie itu jika—

(a)

Majlis Peguam Syarie berpuas hati bahawa Peguam Syarie itu tidak dilarang daripada memegang suatu Perakuan Amalan

Tahunan di bawah seksyen 30;

(b)

Peguam Syarie itu telah mengemukakan atau telah dikecualikan daripada mengemukakan suatu laporan akauntan di bawah Akta ini;

(c)

Peguam

Syarie itu tidak berhutang berkenaan dengan apa-apa fi atau levi yang kena dibayar kepada Majlis Peguam

Syarie di bawah Akta ini; dan

(d)

Peguam Syarie itu berhasrat untuk menjalankan amalan di bawah suatu nama firma yang diluluskan di bawah seksyen 39.

(3)

Suatu prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana Peguam

Syarie jika dalam, atau berhubung dengan, suatu permohonan di bawah seksyen ini, dia membuat suatu pernyataan palsu yang material kepada permohonan itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

Pengeluaran Perakuan Amalan Tahunan

Section 28 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019