Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 59

(2)

Apa-apa kuasa, tindakan atau perkara yang tidak secara nyata dibenarkan, diarahkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukan oleh Badan Peguam Syarie dalam mesyuarat agungnya boleh, tertakluk pada Akta ini atau apa-apa ketetapan yang diluluskan oleh Badan

Peguam Syarie dalam mesyuarat agung, dijalankan atau dilakukan oleh Majlis

Peguam Syarie.

(3)

Apa-apa ketetapan yang diluluskan di bawah subseksyen (2) tidak boleh membatalkan apa-apa kuasa yang telah dijalankan atau apa-apa perbuatan atau benda yang telah dilakukan terdahulu oleh Majlis Peguam

Syarie yang adalah sah sekiranya ketetapan itu tidak diluluskan.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(4)

Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2)

dan (3), Majlis Peguam Syarie hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menjawab soalan yang menyentuh amalan dan etika profesion guaman syarie dan kelakuan anggota;

(b)

untuk mengambil tahu apa-apa perkara yang menyentuh Badan

Peguam Syarie atau kelakuan profesional anggotanya dan membawa ke dalam mesyuarat agung Badan Peguam Syarie apa-apa perkara yang difikirkan material kepada Badan Peguam

Syarie atau kepada kepentingan profesion dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya patut;

(c)

untuk melantik pegawai, kerani, ejen dan pekerja sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah dan untuk menentukan kewajipan dan terma perkhidmatan mereka;

(d)

untuk memeriksa dan, jika difikirkan patut, membuat laporan mengenai undang-undang semasa mengenai syariah atau perundangan yang dicadangkan dan apa-apa perkara undang-undang yang lain;

(e)

untuk mewakili anggota Majlis Peguam Syarie atau mana-mana anggotanya yang tertentu dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat;

(f)

untuk mengambil bahagian sebagai peguam pemerhati, pencelah atau sahabat mahkamah dalam mana-mana prosiding yang menyentuh kepentingan profesion dan isu undang-undang yang berhubungan dengan orang Islam;

(g)

untuk membeli, memajak atau selainnya memperoleh apa-apa harta alih dan tak alih bagi kegunaan Badan Peguam Syarie, dan menjual, menyewakan, atau selainnya melupuskan apa-apa harta;

(h)

untuk melabur dan menguruskan apa-apa wang Badan Peguam Syarie dalam pelaburan patuh syariah yang dibenarkan untuk pelaburan kumpulan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;

Profesion Guaman Syarie 49

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(i)

untuk menubuhkan, menyenggara dan menguruskan kumpulan wang Badan Peguam Syarie; dan

(j)

untuk menjalankan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicara sebagaimana yang tidak dikehendaki secara nyata dan eksklusif oleh Akta ini untuk dijalankan oleh anggota Badan Peguam Syarie dalam mesyuarat agung.

Penubuhan jawatankuasa

Section 59 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019