Malaysia legislation
Section 60
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 60
(2)
Majlis
Peguam
Syarie boleh mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa sekatan atau syarat, apa-apa kuasa Majlis Peguam Syarie.
(3)
Apa-apa perwakilan di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau dipinda oleh Majlis Peguam Syarie dan perwakilan sedemikian tidaklah menghalang
Majlis
Peguam
Syarie daripada menjalankan apa-apa kuasanya.
(4)
Bilangan dan tempoh jawatan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan bilangan anggota yang perlu untuk membentuk suatu kuorum, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Peguam Syarie.
(5)
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh termasuk orang yang bukan anggota Majlis Peguam Syarie.
(6)
Apabila Majlis Peguam Syarie mewakilkan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) apa-apa kuasanya di bawah Akta ini, sekurang-kurangnya separuh daripada anggota jawatankuasa termasuk pengerusinya merupakan anggota Majlis Peguam Syarie.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
Penyata, laporan, akaun dan maklumat