Malaysia legislation
Section 65
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 65
(a)
untuk mengadakan peruntukan bagi pembukaan dan penyimpanan akaun oleh Peguam Syarie di mana-mana institusi kewangan Islam bagi wang anak guam;
(b)
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan oleh Peguam
Syarie akaun yang mengandungi butir-butir dan maklumat mengenai wang yang diterima, dipegang atau dibayar oleh Peguam
Syarie untuk atau bagi pihak anak guamnya;
(c)
untuk mengadakan peruntukan bagi pembukaan dan penyimpanan oleh Peguam Syarie yang merupakan pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan satu atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya, suatu akaun di mana-mana institusi
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
kewangan Islam bagi apa-apa wang yang diamanahkan kepadanya;
(d)
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan oleh Peguam
Syarie suatu akaun yang mengandungi butir-butir dan maklumat mengenai wang yang diterima, dipegang atau dibayar olehnya untuk atau bagi akaun apa-apa amanah itu;
(e)
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan wang yang diterima untuk atau bagi pihak anak guam dalam suatu akaun bank berasingan untuk faedah anak guam; dan
(f)
untuk memberi Majlis Peguam Syarie kuasa untuk mengambil tindakan yang perlu untuk membolehkannya untuk menentukan sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau sebaliknya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini, atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, hendaklah—
(a)
menyentuh apa-apa perkiraan secara bertulis, bila-bila jua dibuat, antara Peguam Syarie dengan anak guamnya mengenai penggunaan wang anak guam itu atau kepentingannya; dan
(b)
terpakai bagi wang yang diterima oleh seseorang Peguam Syarie yang wang itu tertakluk pada suatu amanah yang dia menjadi pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya.
(3)
Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana Peguam Syarie yang tidak mematuhi mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.
(4)
Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah”
meliputi amanah yang tersirat dan amanah konstruktif dan keadaan yang pemegang amanah mempunyai kepentingan benefisial atas harta amanah itu dan kepada kewajipan yang bersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri, dan “pemegang amanah”, jika konteksnya membenarkan, termasuklah seorang wakil diri.
Profesion Guaman Syarie 53
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tanggung rugi profesional