Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 66

(a)

memberi kuasa kepada Majlis Peguam Syarie untuk mengambil dan mengekalkan takaful atas nama Badan Peguam Syarie dengan mana-mana orang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan perniagaan takaful liabiliti profesional atau perniagaan takaful kerugian kewangan dan meliputi semua

Peguam Syarie yang menjalankan amalan;

(b)

memberi kuasa kepada Majlis Peguam Syarie untuk menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang bagi maksud tanggung rugi profesional; atau

(c)

menghendaki semua Peguam Syarie untuk mengambil dan mengekalkan takaful.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh—

(a)

menyatakan terma dan syarat yang atasnya tanggung rugi profesional akan tersedia;

(b)

mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pentadbiran dan pelindungan apa-apa kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dan menghendaki semua Peguam Syarie untuk membuat pembayaran kepada kumpulan wang tersebut;

(c)

menghendaki semua Peguam Syarie untuk membuat pembayaran dengan cara premium atas apa-apa takaful yang diambil di bawah subseksyen (1) dan mengadakan peruntukan bagi prosiding oleh

Majlis Peguam Syarie atau penanggung takafulnya terhadap mana-

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

mana Peguam Syarie yang gagal melakukan sedemikian untuk mendapatkan semula bayaran premium yang berkenaan;

(d)

menetapkan syarat yang perlu dipenuhi oleh sesuatu takaful bagi maksud perenggan (1)(c);

(e)

memberi kuasa kepada Majlis Peguam Syarie untuk menentukan amaun apa-apa pembayaran yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah;

(f)

menyatakan hal keadaan yang baginya jika Peguam Syarie tidak mematuhi kaedah-kaedah, prosiding berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dibayar melalui tanggung rugi boleh diambil terhadapnya oleh Badan Peguam Syarie atau penanggung takafulnya;

(g)

menetapkan bahawa

Peguam

Syarie tidak layak untuk memperoleh Pengesahan Sokongan melainkan jika dia dilindungi sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah bagi tempoh yang berkaitan dengan Pengesahan Sokongan;

(h)

memberi Majlis Peguam Syarie kuasa untuk mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk menentukan dan memastikan kaedah-kaedah dipatuhi; dan

(i)

mengandungi apa-apa tatacara, yang bersampingan atau peruntukan lain yang perlu atau suai manfaat bagi maksud kaedah-kaedah.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh hak mana-mana

Peguam Syarie, sebagai tambahan kepada tanggung rugi yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, untuk melindungi dirinya selanjutnya terhadap apa-apa kerugian yang berbangkit daripada apa-apa tuntutan yang mungkin dimulakan terhadapnya.

Profesion Guaman Syarie 55

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Peguam Syarie hendaklah mengemukakan laporan akauntan

Section 66 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019